Selamat Pagi Kenangan Lalu
Lepas subuh pagi ini,
aku tak lelapkan mata aku untuk terus bermanja diatas tilam empuk kolej,
typical aku pada waktu pagi adalah bangun dan duduk bertenggek diluar beranda
dan lihat gelagat manusia dari atas beranda. Seronok tengok kereta beratur
keluar dari perumahan townhouse untuk pergi ke tempat kerja, lori mula start
enjin untuk menghantar barang, pak cik yang jual nasi lemak depan kolej pun
mula buka kedai untuk cari rezeki. Tapi perkara wajib untuk aku setiap hari
adalah tengok langit dan awan, aku tak tahu aku lebih suka alam dari susuk
tubuh manusia *bajet poyo kan, tapi itulah tengok awan sambil lihat burung
terbang pagi dengan anak bini cari sesuap nasi mungkin lebih indah dari
berdepan dan bercakap dengan manusia yang kononnya kawan tapi bermuka belakang,
(aku tak maksudkan sesiapa tapi manusiakan, tahu jelah).
Aku tunduk tengok ke
blok bawah, aku lihat mak cik cleaner kolej sedang menyapu sampah depan blok
aku. Tiba-tiba aku teringat seorang mak cik kat tempat kerja aku dulu, Mak Nab
nama dia, seorang mak cik tua berusia dalam 50an dan masih rajin bekerja untuk
sara diri, teringat jugak masa bekerja dulu, ada je benda dia nak bagitahu aku,
bercerita dengan aku perihal anak cucu dia, dan aku pula, hanya mendengar
setia. Walau waktu dia sibuk sekali pun, tapi dia masih lagi sempat bertegur
sepatah dua dengan senyuman terlekat di bibir. Aku doakan Mak Nab sentiasa
sihat dan dimurahkan rezeki selalu, dan dipermudahkan segala urusan olehNYA amin. :)
Comments
Post a Comment