Saturday, 2 May 2015

Review Novel 'Brazil' - Ridhwan Saidi

BRAZIL;
         Menulis surat letak jawatan susah bagi mereka yang tidak berpengalaman. Penamat …?

Assalamualaikum, baru habis baca buku Brazil tulisan dari penulis profolik Ridhwan Saidi. Seperti biasalah air tangan beliau memang luar biasa dan sedap untuk dihadam. Walaupun pemikirannya lebih kepada experimental atau Avant garde tapi agak terbuka dan jujur.

  Membaca buku ini ibarat berkenalan dengan penulis, dia menceritakan serba sedikit waktu zaman silamnya dan perjalanan hidupnya hingga ke detik ini. Dibelakang buku ini sudah tertulis yang beliau telah menggarapkan pengalaman hidup di dalam buku ini berserta review ringkas daripada novel-novelnya yang terdahulu.

  yang aku suka dalam novel ini adalah ia menceritakan antara dua dimensi, iaitu antara penulis itu sendiri, Ridhwan dan kekasihnya Nurul, dan Roy Osmera serta temannya Kasma Booty yang pada mulanya menceritakan cerita yang nampak terpisah dan tidak ada kaitan dan kemudiannya si penulis bijak menjahit cerita-cerita itu untuk dilengkap dan dicantumkan.

  Selain dari itu, jika difikir secara terperinci, penulisnya ada menyebut tentang perihalnya yang hendak berhenti menulis dan menumpu kearah bidang fotografi, tapi adakah benar kenyataan itu? Kerana ia ditinggal dengan tidak berjawapan contohnya pada ayat terakhir penulis ‘Adakah tangan penulis itu ketar kerana kepenatan menulis atau ia tidak sabar untuk terus menulis’. Penulis juga sering mengambil pepatah dari barat untuk menyampaikan sesuatu contohnya, ‘Jika aku berhenti menulis, aku akan mati. Maka itulahsatu-satunya cara untuk aku berhenti menulis: mati’. – Bukowski.

  Dalam buku ini, penulis juga ada memperkenalkan ‘photobooks: satu investigasi’ yang masih lagi asing di kalangan pembaca Malaysia kerana ia berlainan dengan buku-buku yang sedia ada kerana ia banyak bercetakkan visual dan bermain dengan jiwa manusia. Penulis juga memperkenalkan istilah-istilah seperti mass culture, ghost writer, writerblock, dan seumpamanya dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal second order vanity, second order salf pity kenalah baca buku ni.

  Akhir sekali, penulis ada bagi tips-tips kepada bakal penulis untuk kekal hidup di alam bahasa ini dan banyak membebel tentang ayat ‘ I wanna quit to be a writer’ dan semestinya aku sarankan agar belilah buku BRAZIL keluaran Fixi ini kerana tak rugi membacanya dengan diselang-selitkan travelog penulis ke Brazil dan satu cerita yang lain yang kemudiannya bercantum molek. Dan seperti biasalah, penulis  meninggalkan penamat novel kali dengan tidak bertali dan tergantung tanpa disimbul mati.


Dia macam ada dua benda dalam jurnal tu, aktiviti dengan komen, komem I suka, aktiviti ada yang slowkan pace, aktiviti part yang best time brazil kalah tu la, bahagian tang ada komen tu I like, dia ada energy, macam awak tulis blog, aktiviti tu a bit tell all kot, cerita Roy very ‘another dimension’ , I ok dengan cerita Roy, kasma, En. Fantom, En. Fantom tu kalau guna Fantom je ok ke? Feel brazil tu dah ada dah, macam amerika la, it’s just part of it.




p/s : yang perenggan bawah sekali tu aku copy betul-betul ayat dari novel travelog BRAZIL ni.. ;P


2 comments:

  1. SINGGAH http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. SINGGAH http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html

    ReplyDelete